PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN

Dalam pendidikan formal, proses pengajaran dan pembelajaran haruslah diberi penekanan yang sewajarnya. Proses yang disinonimkan dengan pengajaran dan pembelajaran bilik kuliah melibatkan pensyarah dan pelajar ini sememangnya memerlukan suatu usaha berterusan ke arah menyediakan pendidikan komprehensif dan efektif terhadap segala isi pelajaran yang disampaikan.

Koh Boh Boon (1992) menyatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah melibatkan dua pihak iaitu guru dan murid. Justeru, pengajaran yang ideal haruslah membawa kesan penuh ke atas pembelajaran yang berlaku.

Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1983) pengajaran yang berkesan adalah merujuk kepada guru yang dapat membawa pelajar kepada hasil pembelajaran terakhir yang diinginkannya. Hal ini melibatkan corak pengajaran berstruktur dari segi organisasi bilik darjah serta mementingkan isi pelajaran. Selain itu, ia juga merujuk kepada perihal pengajaran guru yang lebih memusatkan kepada para pelajarnya sehingga mereka tertarik mengikuti aktiviti pembelajaran. Oleh itu, pembentukan proses pengajaran berkesan mempunyai nilai yang berbeza-beza namun ia masih bermatlamat untuk melihat hasil daripada isi pelajaran yang disampaikan.

Oleh sebab saya merupakan seorang pensyarah di salah sebuah Kolej Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia , maka saya akan menghuraikan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan berdasarkan sistem di Kolej

3

//

690210-11-5297

Matrikulasi. Saya adalah seorang pensyarah subjek Pendidikan Islam yang mana subjek Pendidikan Islam ini merupakan subjek yang wajib diambil oleh setiap orang pelajar muslim. Subjek Pendidikan Islam hanya diajar dalam bentuk kuliah sahaja dan tidak melibatkan tutoran dan amali, namun begitu ia tidak menghalang saya untuk menjadikan subjek Pendidikan Islam sebagai satu subjek yang diminati dan memberikan kesan yang positif ke dalam diri pelajar.

Saya telah mencuba untuk melakukan yang terbaik bagi memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran saya, kerana ia merupakan satu tanggungjawab dan amanah dari Allah s.w.t . Allah s.w.t telah berfirman di dalam al-Quran al-Karim yang bermaksud: “Sesungguhnya kami telah

menawarkan amanah (tanggungjawab) kepada langit, bumi dan gunung-ganang, tetapi mereka enggan untuk memikulnya dan takut terhadap tanggungjawabnya. manusia mahu memikulnya tetapi manusia itu banyak kesalahan dan bodoh.”

( surah al-Ahzab: 72 ). Untuk memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Islam, saya telah membahagikan tugasan saya kepada tiga bahagian penting iaitu sebelum proses pengajaran dan pembelajaran, semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran.

3.1
SEBELUM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
3.1.1 Rancangan Pengajaran
Proses pengajaran yang berkesan memerlukan persediaan dan
perancangan yang mantap oleh seorang pensyarah sebelum ia terlibat
4

//

690210-11-5297

secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik kuliah. Sebagai seorang pensyarah saya perlu tahu kelompok pelajar yang hendak diajar, isi kandungan pelajaran dan matlamat serta objektif yang dihasratkan untuk dicapai oleh pelajar di akhir pelajaran nanti.

Oleh sebab itu,

sebelum bermulanya proses pengajaran dan pembelajaran iaitu pada awal semester lagi saya telah membuat Rancangan Pengajaran Semester (RPS) berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Modul Pendidikan Islam yang telah dibekalkan oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (BMKPM) dengan penuh teliti dan bertanggungjawab. Pada setiap hari pula saya menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan menyediakan bahan-bahan bantu mengajar seperti persembahan “power point”, kertas edaran, keratan video dan sebagainya. Memanglah terbukti, dengan adanya perancangan pengajaran yang baik dan teratur ini telah membantu saya untuk melangsungkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lancar dan cukup berkesan seperti kata pepatah : “ Sekiranya kamu gagal untuk

merancang, maka kamu merancang untuk gagal. “
3.1.2 Membuat Rujukan

Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula juga saya akan membuat rujukan mengenai tajuk yang hendak diajar semasa kuliah . Oleh sebab saya merupakan pensyarah Pendidikan Islam maka saya membuat rujukan kepada al-Quran, as-Sunnah, kitab – kitab berbahasa Arab seperti kitab

5

//

690210-11-5297

tafsir yang mu’tabar, tauhid, feqah, Akhlak Islamiyyah dan sebagainya samada yang ada dalam simpanan saya ataupun di pusat sumber kolej. Saya juga membuat rujukan melalui internet sepertiisla mway,imanway,quran way,

islamicfinder, as-sonnahserta laman-laman web lain yang berkaitan. Tidak

ketinggalan juga saya mengadakan perbincangan ilmiah “ intellectual discouse ” bersama rakan pensyarah lain untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan mengenai penemuan-penemuan baru untuk dikongsikan bersama dengan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Saya mestilah melengkapkan diri saya dengan ilmu pengetahuan yang luas kerana pelajar masa kini tidak akan menerima sesuatu maklumat secara bulat – bulat tanpa diterangkan rasionalnya. Seorang pensyarah mestilah mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam berbanding dengan pelajar. Kepakaran di dalam bidang yang diajar atau subject content adalah merupakan faktor dominan yang menyumbang ke arah keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Pepatah Arab ada berkata : “ Orang yang tiada apa-apa, ia tidak akan dapat

memberi apa-apa pun .”
3.1.3 Persiapan Emosi

Sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran juga saya terlebih dahulu melengkapkan emosi saya dengan sifat kasih sayang dan tidak membiarkan masalah peribadi menguasai diri saya sehingga terbawa-bawa ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Saya sedar bahawa pelajar saya juga merupakan insan biasa yang memerlukan perhatian dan kasih sayang

6

//

690210-11-5297

daripada gurunya. Oleh itu, saya juga membuat rujukan kepada buku-buku psikologi untuk mencari tip-tip yang berguna untuk diaplikasikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Saya juga menjadikan Rasulullah sebagai“role

model” dalam mengamalkan sifat kasih sayang ini. Sebagai contoh Rasulullah
akan memendekkan tempoh sembahyang apabila terdengar tangisan bayi.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:“Bukan daripada golongan kami,
orang yang tidak menghormati orang tua dan tidak mengasihani orang muda.”

Proses Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan tidak akan terhasil tanpa emosi yang stabil daripada kedua-dua belah pihak iaitu pensyarah dan pelajar kerana pendidikan itu merupakan satu seni yang melibatkan hati dan perasaan.

RumusanSebagai rumusannya ingin saya tegaskan bahawa perancangan atau

persediaan awal yang telah saya sediakan secara teliti dan rapi itu sememangnya telah membantu saya untuk memastikan kelangsungan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik, lancar dan telah meninggalkan kesan yang mendalam ke dalam diri pelajar. Benarlah kata pepatah : “ Sekiranya kita gagal untuk merancang, maka kita merancang untuk

gagal ”. Allah s.w.t juga ada berfirman yang bermaksud: “ Dan mereka merancang dan Allah juga merancang dan Allahlah yang paling baik perancangan-Nya.” ( Surah Ali Imran : 54 ). Oleh sebab itu, jelaslah kepada kita

bahawa para pensyarah tidak seharusnya mengambil sikap sambil lewa atau memandang remeh serta mencari alasan untuk tidak menyediakan perancangan yang sepatutnya sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula bagi

7

//

690210-11-5297
memastikan keberkesanannya secara optimum. Sekiranya kita mendidik pelajar
kita dengan baik, maka orang lain akan mendidik anak kita dengan lebih baik.
3.2
SEMASA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
3.2.1 Penampilan Diri Dan Disiplin

Bagi memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran, maka saya juga menjaga disiplin serta penampilan diri saya dengan datang ke bilik kuliah lebih awal daripada pelajar. Saya juga perlu berpenampilan menarik dengan cara berpakaian kemas, ringkas dan tidak memakai perhiasan yang keterlaluan ketika mengajar. Saya memakai pakaian yang sederhana dari segi fesyen dan warnanya tidak terlampau terang atau berkilat-kilat . Pakaian dan perhiasan yang keterlaluan akan mengganggu konsenterasi pelajar terhadap isi pengajaran gurunya. John Molly dalam kajiannya terhadap 15,000 eksekutif dan professional mendapati bahawa pakaian memberi kesan terhadap kebolehan dan kewibawaan individu. Saya dapati pelajar-pelajar saya akan sedaya-upaya untuk datang lebih awal daripada saya dan tidak ponteng kuliah, malahan apabila mereka terlewat sedikit, mereka akan segera meminta maaf. Dengan ini jelaslah bahawa penampilan diri dan disiplin seorang pensyarah dapat mempengaruhi secara langsung terhadap keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran muridnya.

3.2.2 Menjelaskan Matlamat Menuntut Ilmu
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran juga saya menjelaskan
kepada pelajar bahawa matlamat mencari ilmu di dalam Islam ialah untuk
8

//

690210-11-5297

mendapat keredhaan Allah s.w.t di dunia mahupun di akhirat. Oleh itu, Islam telah mengkatogerikan mencari ilmu sebagai satu ibadat , sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “ Mencari ilmu itu adalah wajib ke atas setiap

muslim.”Apabila pelajar telah mengetahui matlamat dan kedudukan sebenar

orang yang mencari ilmu di sisi Allah s.w.t , maka mereka akan belajar bersungguh-sungguh tanpa paksaan. Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan secara fitrah dan penuh keikhlasan dengan niat untuk mencari ilmu kerana Allah. Inilah kekuatan yang ada di dalam agama Islam. Mereka juga akan memperbetulkan niat dan tujuan mereka menuntut ilmu iaitu untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. kerana setiap pekerjaan itu mestilah dimulakan dengan niatnya sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “ Sesungguhnya setiap pekerjaan itu mestilah dimulakan dengan

niat.” Inilah rahsia keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang
tidak disedari oleh kebanyakan pendidik masa kini.
3.2.3 Menasihati Pelajar

Saya juga sentiasa menasihati pelajar supaya mentaati segala perintah Allah s.w.t seperti sembahyang, puasa, menjaga aurat dan sebagainya. Pada masa yang sama juga saya menasihati mereka supaya meninggalkan segala maksiat kerana ia merupakan faktor penghalang kepada keberkatan ilmu yang kita cari. Imam As-Shafie ada berkata : “ Ilmu itu adalah cahaya, maka cahaya

tidak akan diberikan kepada mereka yang jiwanya dikotori oleh perkara-perkara
maksiat.”
Seorang pelajar diumpamakan seperti cermin dan ilmu pula
9

//

690210-11-5297

diibaratkan seperti cahaya , manakala dosa pula diibarat seperti debu. Bagaimana cermin akan bersinar apabila disuluh dengan cahaya sekiranya cermin tersebut dikotori dengan debu ?. Sekiranya seorang pelajar itu mentaati suruhan Allah s.w.t maka Allah akan membantunya sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud : “ Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu

menolong agama Allah ( yakni dengan mentaati perintah Allah ) , niscaya Allah
akan menolong kamu dan mengukuhkan kamu.” ( Surah Muhamad : 7 ). Di

dalam agama Islam, usaha nasihat – menasihati ini amat penting sepertimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “ Agama itu nasihat .’’ Hasilnya saya dapati pelajar saya mula beramal dengan suruhan agama dengan istiqamah.

3.2.4 Komunikasi Berkesan.

Bagi memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran, saya juga menggunakan kemahiran komunikasi lisan dan bukan lisan dengan berkesan. Menurut Sulaiman Md. Yassin (2002), komunikasi adalah merupakan satu proses pemindahan makna iaitu maklumat, idea, pengetahuan, persefahaman, lambang-lambang lain daripada sumber atau penyampai kepada penerima melalui saluran-saluran tertentu dengan harapan mewujudkan persamaan. Saya menyampaikan kuliah dengan suara yang jelas, nyata dan bersemangat. Saya juga memastikan nada suara saya sentiasa berubah-ubah rentaknya agar pelajar tidak berasa bosan dan jemu. Komunikasi saya dan pelajar berlaku dua hala iaitu saya menyoal dan pelajar menjawab, dengan ini pelajar akan merasakan diri mereka dihargai dan kewujudan mereka di dalam

10

//

690210-11-5297

bilik kuliah adalah disedari. Hasilnya pelajar akan memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada isi pelajaran. Untuk memastikan pelajar saya memahami pengajaran saya, maka saya menggunakan laras bahasa yang sesuai dengan kemampuan kognetif mereka. Saidina Umar Al-Khatab pernah berkata :

“ Bercakaplah dengan seseorang itu mengikut kadar kemampuan akalnya. ”

Kaedah komunikasi berkesan yang saya amalkan ini terbukti telah membantu untuk memastikan objektif pengajaran tercapai dari segi perubahan tingkah laku, pencapaian dan prestasi akademik pelajar.

Selain komunikasi secara lisan, saya juga mempraktikkan komunikasi bukan lisan yang merangkumi pergerakan badan, penampilan dan persembahan diri, suara dan alam persekitaran pelajar itu sendiri. Kajian oleh Ray Birdwhistell ( 1955), menunjukkan bahawa lebih kurang 35% komunikasi lisan dan 65% komunikasi bukan lisan perlu dilakukan oleh seorang guru semasa mengajar bagi memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Al-Quran telah menggariskan beberapa garis panduan sebagai asas bagi mewujudkan interaksi berkesan antara seseorang dengan seseorang insan yang lain, seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud : “ Maka katakanlah kepada mereka kata-kata

yang baik yang menyenangkan hati.” ( Al-Isra’: 28 ). Allah juga berfirman dengan
maksud : “ Maka rahmat Allah yang menyebabkan kamu berlemah lembut
terhadap mereka. Sekiranya kamu bersifat kasar lagi berhati keras, tentulah
mereka menjauhkan diri dari sekeliling kamu.” ( Ali I’mran: 159 ). Dengan ini
jelaslah kepada kita bahawa hikmah, kebijaksanaan, lemah – lembut dan
percakapan yang baik sememangnya menjadi asas bagi mewujudkan
11

//

690210-11-5297
komunikasi dan interaksi yang baik bagi menjamin keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran.
3.2.5 Penggunaan Teknologi Maklumat.

Penggunaan teknologi maklumat juga dapat membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan masa kini berkembang seiring dengan kepesatan sains dan teknologi. Kelahiran bidang teknologi maklumat (ICT) melalui sistem pengkomputeran sebagai wadah baru era globalisasi telah mempertingkatkan lagi usaha penyebaran ilmu kepada generasi baru dan masyarakat umum di seantero dunia. Melalui kepesatan dan perkembangan bidang pengkomputeran, aliran akademik semasa juga turut melebarkan lagi gerbang ilmiahnya menerusi capaian kepantasan kuasa teknologi ini . Khususnya dalam bidang pendidikan, penggunaan teknologi pengkomputeran dalam proses pengajaran sememangnya memberi implikasi baru yang lebih efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran sekaligus menyumbang kepada kelancaran dan kedinamikan dalam lapangan pendidikan.

Ledakan teknologi pengkomputeran dalam dunia pendidikan tidak dinafikan merupakan sebahagian daripada faktor yang turut menyumbang ke arah kemajuan dan prestasi di kalangan pensyarah dan pelajar. Tidak ketinggalan, saya juga mengambil kesempatan dengan

kemudahan peralatan teknologi maklumat terkini dan jaringan internet yang telah
dibekalkan kepada pihak Kolej bagi memastikan proses pengajaran dan
12

//

690210-11-5297
pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.
Saya

mempersembahkan isi kandungan pelajaran dengan menggunakan power point. Saya juga ada menggunakan teknik video dan audio semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan, bergantung kepada kesesuaian tajuk yang diajar. Sebagai contoh, apabila saya mengajar tajuk ajaran sesat di Malaysia, maka saya akan mencari filem-filem pendek di internet melaluiyoutube.com dan memuat turunkannya dengan menggunakan perisiankeepvideo.co m bagi membantu kefahaman pelajar terhadap isi kandungan pelajaran.

Untuk menjadikan pengajaran saya lebih berkesan maka saya telah masukkan nota- nota penting ke dalam blog (albesuty.blogspot.com) sebagai bahan rujukan pelajar. .

Charles B.Klasek (1972), menyatakan bahawa pengajaran guru boleh dianggap teratur sekiranya mereka dapat menggabungkan pengajarannya dengan bahan bantu mengajar. Pengajaran guru akan menjadi lebih berkesan dan berjaya meruntun fikiran pelajar terhadap pelajaran mereka. Pendapat ini disokong pula oleh satu kajian ilmiah yang mengatakan bahawa pelajar belajar melalui penglihatan sebanyak 70% dan melalui pendengaran sebanyak 30% sahaja. Jadi saya mengambil pendekatan untuk menggabungkan di antara kedua-dua faktor ini. Melalui pemerhatian, saya dapati minat pelajar terhadap subjek Pendidikan Islam semakin bertambah apabila saya mengaplikasikan pendekatan ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

3.2.6Pembelajaran Koperatif Dan Kolaboratif
13

//

690210-11-5297
Proses

pengajaran dan pembelajaran yang efektif, menarik dan menyeronokkan juga dapat dicapai melalui pelaksanaan usaha-usaha kreatif dan inovatif seseorang pensyarah walaupun pengajaran dan pembelajaran tersebut di dalam bentuk kuliah. Ia boleh direalisasikan dengan mempraktikkan pembelajaran koperatif dan kolaboratif iaitu gaya pembelajaran peer teaching sesama rakan pelajar.

Pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif bermaksud pembelajaran secara kerjasama di mana pelajar belajar dalam kumpulan dan secara bekerjasama, berinteraksi dan saling bantu membantu dalam aktiviti pembelajaran dengan tujuan mencapai kemajuan dan prestasi yang cemerlang. Menurut Kamus Dewan (1998), kolaboratif bermaksud kerjasama erat di antara dua pihak atau lebih. Pembelajaran kolaboratif membawa maksud sekumpulan pelajar berusaha ke arah mencapai prestasi yang baik, sama ada dalam bidang akademik atau bidang kokurikulum.(Mok Soon Sang ,2006).

Pembelajaran koperatif dan kolaboratif dapat dilihat semasa melakukan tugasan kumpulan. Saya memulakannya dengan membahagi kumpulan pelajar yang terdiri daripada empat hingga lima pelajar dalam satu kumpulan dan seorang ketua kumpulan. Ketua kumpulan terdiri daripada pelajar yang agak cemerlang. Selepas itu saya mengedarkan tugasan dalam bentuk soalan dan meminta mereka melaksanakan tugasan tersebut secara kumpulan dengan membuat rujukan di pusat sumber ataupun di internet. Tugasan itu perlu dihantar dalam dua bentuk iaitu dalam bentuk penulisanhard copy dan dalam bentuk persembahan power point. Setiap kumpulan akan mempersembahkan

14

//

690210-11-5297

tugasan mereka di hadapan khalayak ramai secara bergilir-gilir. Sementara pelajar-pelajar lain akan mendengar dengan teliti dan akan bertanyakan soalan. Mereka juga harus bersedia dari segi intelektual dan emosi untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh rakan-rakan lain. Melalui temu bual secara tidak langsung dengan pelajar maka saya dapat membuat kesimpulan bahawa tugasan secara berkumpulan ini dapat mempertingkatkan lagi minat belajar, motivasi diri dan pelajar menjadi lebih yakin untuk berhadapan dengan khalayak sambil memberi pendapat, berhujah dan menjawab segala pertanyaan daripada rakan seperjuangannya. Ini menunjukkan kepada kita bahawa pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif memang dapat mempertingkatkan lagi potensi diri pelajar.

3.2.7 Kemahiran Berjenaka.

Menurut Kamus Dewan, jenaka dapat diistilahkan sebagai sesuatu perbuatan dan perilaku yang mencuit hati. Bagi saya berjenaka semasa proses pengajaran dan pembelajaran sudah menjadi amalan rutin. Melakukan jenaka merupakan unsur hiburan dan perkara yang disampaikan tidak pula dianggap sebagai fakta kerana ia hanya merupakan suatu gurauan. Apabila saya melihat keadaan bilik kuliah menjadi suram dan pelajar menunjukkan tanda-tanda keletihan dan mengantuk , maka saya berusaha untuk menceriakan keadaan dengan unsur-unsur kecindan. Namun begitu saya telah pastikan bahawa bahan jenaka tersebut mesti ada kaitan ataureleven dengan isi pengajaran, menepati masa dan suasana, tidak menyentuh peribadi seseorang individu dan tidak menghalang objektif pengajaran tercapai dengan sempurna.

15

//

690210-11-5297

Menurut Abdul Rahim Abdul Rashid ( 1992 ) guru yang baik mempunyai kualiti dan sifat tertentu. Antaranya mereka perlu mempunyai unsur-unsur humor yang menjadikan pengajaran mereka tidak membosankan. Laurence J.Peter (1975) , pula dalam bukunya bertajuk Competencies For Teacher Education, menjelaskan bahawa bakal guru perlu menjadikan diri mereka guru yang berkesan dan berpengaruh. Kemahiran berjenaka adalah amat penting dan merupakan salah satu ciri pensyarah yang baik kerana mereka dapat menghasilkan perubahan tingkah laku yang efektif di kalangan pelajar. Dengan ini jelaslah kepada kita bahawa unsur kecindan juga memainkan peranan penting di dalam memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi ia boleh diibaratkan seperti garam di dalam makanan, hendaklah diletakkan hanya secukup rasa sahaja, kerana sabda Rasulullah s.a.w: “ Sebaik-baik perkara itu pertengahannya “

3.2.8Penggabungjalinan.

Penggabungjalinan bermaksud kesepaduan pengalaman pembelajaran di antara mata pelajaran ( Pusat Perkembangan Kurikulum 1992 ). Pensyarah perlu mempertimbangkan unsur-unsur daripada mata pelajaran lain yang berkaitan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan,tegasnya merentasi kurikulum. Dengan itu bahan pengajaran yang disampaikan akan menjadikan pelajar memahaminya dan boleh dimanfaatkan dalam kehidupannya ( Omardin Ashaari 1999 ) .Strategi yang menggabungjalinkan mana-mana mata pelajaran dapat digunakan oleh pensyarah di dalam proses pengajaran dan pembelajaran

16

//

690210-11-5297

untuk memperkaya, memperjelas dan menimbulkan keseronokan dalam mempelajari mata pelajaran lain. Dengan ini pelajar dapat melihat perkaitan di antara disiplin ilmu. Apa yang dipelajari tidak terpisah dan dengan itu proses pembelajaran akan menjadi lebih mudah, luas dan bermakna bagi diri pelajar.

Semasa

proses pengajaran dan pembelajaran saya menggunakan strategi penggabungjalinan. Apabila saya mengajar Pelajar Jurusan Hayat yang mempelajari Subjek Biologi maka saya akan kaitkan proses kejadian manusia menurut Al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “ Kemudian kami jadikan

saripati air mani itu ( disimpan ) di tempat yang kukuh ( rahim ). Kemudian air mani itu kami jadikan segumpal darah ( alaqatan ), lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging ( mudhghatan ) dan segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang ( ‘Izhaama ) lalu tulang belulang itu kami bungkus dengan daging, kemudian kami jadikan dia makhluk yang berbentuk lain, maka Maha Suci Allah s.w.t Pencipta Yang Paling Baik .”(Al-Mu’minuum : 13-14 ).

Apabila saya mengajar pelajar Jurusan Fizikal pula , maka saya akan cuba mengaitkan sains dengan Al-Quran seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud :“ Apakah orang-orang yang tidak beriman itu tiada mengetahui,

bahawa langit dan bumi itu dahulunya satu potong, lalu kami seraikan antara keduanya ( Teori Big Bang ). Dan kami jadikan dari air segala benda hidup . Tidakkah mereka percaya.”(Al-Anbia’ : 30 ). Hasil daripada gabungan yang

mantap di antara proses penggabungjalinan dan kemahiran seorang pensyarah mengolah isi pelajaran dengan bantuan bahan bantu mengajar yang bersesuaian maka, natijahnya terhasillah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang

17

//

690210-11-5297

berkesan dan objektif yang telah disasarkan oleh pensyarah akan dapat dicapai dengan jayanya. Langkah ini akan memberi faedah dan manfaat yang optimum kepada pelajar di dalam kehidupan mereka pada masa akan datang.

Rumusan

Sebagai rumusannya ingin saya tegaskan bahawa proses semasa pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan proses yang sangat penting, kerana ia akan menentukan sama ada pembelajaran di dalam diri pelajar berlaku atau tidak.

Oleh sebab itu, seorang pensyarah yang perihatin dan bertanggungjawab sepatutnya melaksanakan segala perancangan yang telah dibuat sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dengan teliti, tekun, amanah seperti sabda Rasulullah s.a.w ada bersabda yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah menyayangi, apabila seseorang itu melakukan sesuatu
kerja, lalu ia kerjakan dengan penuh ketekunan.”
3.3
SELEPAS PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
3.3.1 Refleksi

Menurut Hanipah ( 1999 ) , refleksi bermaksud proses merenung, menganalisis, mencari alasan, membuat cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri yang dilakukan berterusan. Apabila proses pengajaran dan pembelajaran telah selesai, saya akan membuat refleksi terhadap pengajaran yang telah saya sampaikan kepada pelajar sama ada pelajar dapat memahami atau tidak isi kandungan yang telah disampaikan. Saya membuat muhasabah

18

//

690210-11-5297

atau penilaian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang lalu adalah dengan tujuan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang telah saya lakukan. Sekiranya perlu kepada penambahbaikan, maka saya akan lakukan tindakan segera. Saya juga meminta supaya pelajar menilai pengajaran saya dengan mengisi borang soal selidik . Proses refleksi ini memang amat penting untuk menentukan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Seperti kata-kata Saidina Umar Al-Khatab : “ Hitungilah amalan kamu sebelum kamu

dihitungkan “.
3.3.2 Penilaian.

Bagi membuktikan keberkesan proses pengajaran dan pembelajaran yang telah saya jalankan bersama pelajar, maka saya membuat penilaian semula terhadap kefahaman pelajar dengan beberapa cara, seperti menyoal balik tentang isi pelajaran, meminta pelajar menyenaraikan sedikit ringkasan pelajaran, membuat kuiz dan menjalankan kajian tindakan . Saya juga menyediakan satublog yang berkaitan dengan nota kuliah. Sekiranya mereka ingin bertanyakan soalan mereka boleh menghantar soalan mereka kepada saya melaluig mail. Dapatan atau tindak balas yang saya terima daripada pelajar akan saya gunakan untuk memperbaiki cara pengajaran saya demi pengajaran dan pembelajaran berkesan di masa hadapan.

Rumusan
Sebagai rumusannya, proses selepas aktiviti pengajaran dan
pembelajaran juga tidak kurang pentingnya seperti proses sebelum dan semasa
19

//

690210-11-5297

pengajaran dan pembelajaran . Hal ini demikian kerana seseorang pensyarah akan dapat mengaplikasikan tindak balas yang didapati daripada pelajar sama ada untuk mengekalkan atau membuat pembaharuan terhadap pengajarannya pada masa akan datang.

4
PENUTUP

Sudah jelas lagi bersuluh kepada kita bahawa tugas sebagai seorang pensyarah bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang disangkakan kerana ia bukan sahaja bertugas untuk menyampaikan isi pengajaran secara berkesan , tetapi dalam masa yang sama juga ia berperanan untuk menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa setiap pelajar. Pensyarah adalah pendidik dan pengasuh generasi muda yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan Negara pada masa depan.

Selain menyebar ilmu, segala tingkah laku pensyarah akan menjadi contoh teladan kepada murid-muridnya .

Oleh yang demikian, pensyarah seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, professional dan sosial yang baik dan murni.

Di samping itu, pensyarah juga memainkan peranan yang sangat penting di dalam menjayakan Wawasan Negara . Kenyataan ini adalah selari dengan perutusan Mantan Menteri Pelajaran Malaysia yang berbunyi:“ Sebagai

golongan yang berada di barisan paling hadapan dalam menjayakan Wawasan Negara,peranan guru amat penting untuk memastikan Nilai Nasional dapat disempurnakan.”( Y.B Dato’ Sri Hishamuddin bin Tun Hussein , Perutusan Hari

Guru 2006 ). Oleh sebab itu hanya pensyarah yang mempunyai komitmen,
20

//

690210-11-5297

iltizam dan kompetensi yang tinggi terhadap tugasnya serta mempunyai akhlak, budi pekerti dan tatasusila yang tinggi sahaja mampu untuk mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan .

Ia juga akan berjaya
menjalankan tugas sebagai seorang pendidik dengan sempurna dan efektif.
4.
RUJUKAN:
1.
Aid al-Qarni Abdullah(2006),La Tahzan,Cairo,Maktabah al-Abikan.
2.
Al-Imam Abu Hamid al-Ghazali,Ihya’ Ulumiddin Jld.4,Bairut,Darul Ma’rifah.
3.
Dewan Bahasa&Pustaka(2002),Kamus Dewan,K.Lumpur,Harian Sdn.Bhd.
4.
Kamus al-Munjid(1986),Bairut,Maktabah as-Syarqiyyah.
5.
Kementerian
Pelajaran
Malaysia(2001),Falsafah
Pendidikan
Negara,Matlamat dan Misi, K. Lumpur,Pusat Perkembangan Kurikulum.
6.
Kerajaan Malaysia(2006)Pelan Integriti Nasional,Kuala Lumpur.PNB.
7.
Lajnah
Pentashih
Mashaf
al-Quran(1988),Al-Quran
dan
Terjemahan,Jakarta,Percetakan Nahdi.
8.
Mak Soon Sang(2004)Peperiksaan P.T.K(Kertas701/15)Bahagian II,Kuala
Lumpur,Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
9.
Mak Soon Sang(2008)Kursus Penilaian Tahap Kecekapan P&P Gred
DGA34,DG44&DG48,K.Lumpur,Multimedia-ES Resources sdn.Bhd.
10
Omardin Ashaari(1999),Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif,
Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.
13
Pusat Perkembangan Kurikulum(1992), Pukal Latihan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah, Kuala Lumpur, DBP.
21

//

MATERI IPA(FISIOLOGI MANUSIA)

Materi : IPA ( FISIOLOGI  MANUSIA)

A.Sistem Rangka

Sistem rangka adalah suatu sistem organ yang memberikan dukungan fisik pada makhluk hidup. Sistem rangka umumnya dibagi menjadi tiga tipe: eksternal, internal, dan basis cairan (rangka hidrostatik), walaupun sistem rangka hidrostatik dapat pula dikelompokkan secara terpisah dari dua jenis lainnya karena tidak adanya struktur penunjang. Rangka manusia dibentuk dari tulang tunggal atau gabungan (seperti tengkorak) yang ditunjang oleh struktur lain seperti ligamen, tendon, otot, dan organ lainnya. Rata-rata manusia dewasa memiliki 206 tulang, walaupun jumlah ini dapat bervariasi antara individu.
Rangka tubuh manusia dikelompokkan atas dua bagian yaitu:
A. Skeleton aksial

Terdiri atas sekelompok tulang yang menyusun poros tubuh dan memberikan dukungan dan perlindungan pada organ di kepala, leher dan badan.

Macam-macam skeleton aksial yaitu:

1. Tulang tengkorak bagian kepala terdiri dari:

  • bagian parietal –> tulang dahi
  • bagian temporal –> tulang samping kiri kanan kepala dekat telinga
  • bagian occipitas –> daerah belakang daritengkorak
  • bagian spenoid –> berdekatan dengan tulang rongga mata, seperti tulang baji
  • bagian ethmoid –> tulang yang menyususn rongga hidung

Tulang Tengkorak Tulang-tulang tengkorak merupakan tulang yang menyusun kerangka kepala. Tulang tengkorak tersusun atas 8 buah tulang yang menyusun kepala dan empat belas tulang yang menyusun bagian wajah. tulang tengkorak bagian kepala merupakan bingkai pelindung dari otak. Sendi yang terdapat diantara tulang-tulang tengkorak merupakan sendi mati yang disebut sutura.

2, Tulang tengkorak bagian wajah terdiri dari:

  • rahang bawah –> menempel pada tulang tengkorak bagian temporal. hal tersebut merupakan satu-satunya hubungan antar tulang dengan gerakan yang lebih bebas
  • Rahang bawah –> menyusun sebagian dari hidung, dan langit-langit
  • palatinum (tulang langit-langit) –> menyusun sebagian dari rongga hidung dan bagian atas dari atap rongga mulut
  • zigomatik –> tulang pipi
  • tulang hidung
  • Tulang lakrimal –> sekat tulang hidung.

3. Tulang dada

Tulang dada termasuk tulang pipih, terletak di bagian tengah dada. pada sisi kiri dan kanan tulang dada terdapat tempat lekat dari rusuk. bersama-sama dengan rusuk, tulang dada memberikan perlindungan pada jantung, paru-paru dan pembuluh darah besar dari kerusakan
Tulang dada tersusun atas 3 tulang yaitu:

  • tulang hulu / manubrium. terletak di bagian atas dari tulang dada, tempat melekatknya tulang rusuk yang pertama dan kedua
  • Tulang badan / gladiolus, terletak dibagian tengah, tempat melekatnya tulang rusuk ke tiga sampai ke tujuh, gabungan tulang rusuk ke delapan sampai sepuluh.
  • Tulang taju pedang / xiphoid process, terletak di bagian bawah dari tulang dada. Tulang ini terbentuk dari tulang rawan.

4. Tulang rusuk

Tulang rusuk berbentuk tipis, pipih dan melengkung. bersama-sama dengan tulang dada membentuk rongga dada untuk melindungi jantung dan paru-paru. Tulang rusuk dibedakan atas tiga bagian yaitu:

  • Tulang rusuk sejati berjumlah tujuh pasang. Tulang-tulang rusuk ini pada bagian belakang berhubungan dengan ruas-ruas tulang belakang sedangkan ujung depannya berhubungan dengan tulang dada dengan perantaraan tulang rawan
  • Tulang rusuk palsu berjumlah 3 pasang. Tulang rusuk ini memiliki ukuran lebih pendek dibandingkan tulang rusuk sejati. Pada bagian belakang berhubungan dengan ruas-ruas tulang belakang sedangkan ketiga ujung tulang bagian depan disatukan oleh tulang rawan yang melekatkannya pada satu titik di tulang dada
  • Rusuk melayang berjumlah 2 pasang. Tulang rusuk ini pada ujung belakang berhubungan dengan ruas-ruas tulang belakang, sedangkan ujung depannya bebas.

Tulang rusuk memiliki beberapa fungsi diantaranya:

a). melindungi jantung dan paru-paru dari goncangan.

b). melindungi lambung, limpa dan ginjal, dan

c). membantu pernapasan.

5. Ruas-ruas tulang belakang

Ruas-ruas tulang belakang disebut juga tulang belakang disusun oleh 33 buah tulang dengan bentuk tidak beraturan. ke 33 buah tulang tersebut terbagai atas 5 bagian yaitu:

  • tujuh ruas pertama disebut tulang leher. ruas pertama dari tulang leher disebut tulang atlas, dan ruas kedua berupa tulang pemutar atau poros. bentuk dari tulang atlas memungkinkan kepala untuk melakukan gerakan.
  • Dua belas ruas berikutnya membentuk tulang punggung. Ruas-ruas tulang punggung pada bagian kiri dan kanannya merupakan tempat melekatnya tulang rusuk.
  • Lima ruas berikutnya merupakan tulang pinggang. Ukuran tulang pinggang lebih besar dibandingkan tulang punggung. Ruas-ruas tulang pinggang menahan sebagian besar berat tubuh dan banyak melekat otot-otot.
  • Lima ruas tulang kelangkangan (sacrum), yang menyatu, berbentuk segitiga terletak dibawah ruas-ruas tulang pinggang.
  • bagian bawah dari ruas-ruas tulang belakang disebut tulang ekor (coccyx), tersusun atas 3 sampai dengan 5 ruas tulang belakang yang menyatu.

Ruas-ruas tulang belakang berfungsi untuk menegakkan badan dan menjaga keseimbangan. menyokong kepala dan tangan, dan tempat melekatnya otot, rusuk dan beberapa organ.

B. Skeleton apendikular
Tersusun atas tulang tulang yang merupakan tambahan dari skeleton axial. Skeleton axial terdiri dari :

  • Anggota gerak atas
  • anggota gerak bawah
  • gelang bahu
  • gelang panggung
  • bagian akhir dari ruas-ruas tulang belakang seperti sakrum dan tulang coccyx
  1. Tulang anggota gerak atas (extremitas superior)

Tulang penyusun anggota gerak atas tersusun atas:

  1. Humerus / tulang lengan atas. Termasuk kelompok tulang panjang /pipa, ujung atasnya besar, halus, dan dikelilingi oleh tulang belikat. pada bagian bawah memiliki dua lekukan merupakan tempat melekatnya tulang radius dan ulna
  2. Radius dan ulna / pengumpil dan hasta. Tulang ulna berukuran lebih besar dibandingkan radius, dan melekat dengan kuat di humerus. Tulang radius memiliki kontribusi yang besar untuk gerakan lengan bawah dibandingkan ulna.
  3. karpal / pergelangan tangan. tersusun atas 8 buah tulang yang saling dihubungkan oleh ligamen
  4. metakarpal / telapak tangan. Tersusun atas lima buah tangan. Pada bagian atas berhubungan dengan tulang pergelangan tangan, sedangkan bagian bawah berhubungan dengan tulang-tulang jari (palanges)
  5. Palanges (tulang jari-jari). tersusun atas 14 buah tulang. Setiap jari tersusun atas tiga buah tulang, kecuali ibu jari yang hanya tersusun atas 2 buah tulang.
  6. Tulang anggota gerak bawah (ekstremitas inferior)

Tulang anggota gerak bawah disusun oleh tulang:

  1. Femur / tulang paha. Termasuk kelompok tulang panjang, terletak mulai dari gelang panggul sampai ke lutut.
  2. Tibia dan fibula / tulang kering dan tulang betis. Bagian pangkal berhubungan dengan lutut bagian ujung berhubungan dengan pergelangan kaki. Ukuran tulang kering lebih besar dinandingkan tulang betis karena berfungsi untuk menahan beban atau berat tubuh. Tulang betis merupakan tempat melekatnya beberapa otot
  3. Patela / tempurung lutut. terletak antara femur dengan tibia, bentuk segitiga. patela berfungsi melindungi sendi lutut, dan memberikan kekuatan pada tendon yang membentuk lutut
  4. Tarsal / Tulang pergelangan kaki. Termasuk tulang pendek, dan tersusun atas 8 tulang dengan salah satunya adalah tulang tumit.
  5. Metatarsal / Tulang telapak kaki. Tersusun atas 5 buah tulang yang tersesun mendatar.
  6. Palanges / tulang jari-jari tangan. Setiap jari tersusun atas 3 tulang kecuali tulang ibu jari atas 14 tulang.
  7. Tulang gelang bahu (klavikula dan scapula / belikat dan selangka)

Tulang selangka berbentuk seperti huruf “S”, berhubungan dengan tulang lengan atas (humerus) untuk membentuk persendian yang menghasilkan gerakan lebih bebas, ujung yang satu berhubungan dengan tulang dada sedangkan ujung lainnya berhubungan dengan tulang belikat.

Tulang belikat (skapula) berukuran besar, bentuk segitiga dan pipih, terletak pada bagian belakang dari tulang rusuk. Fungsi utama dari gelang bahu adalah tempat melekatnya sejumlah otot yang memungkinkan terjadinya gerakan pada sendi.

  1. Gelang panggul

Tulang gelang panggul terdiri atas dua buah tulang pinggung. Pada anak anak tulang pinggul ini terpisah terdiri atas tiga buah tulang yaitu illium (bagian atas), tulang ischiun (bagian bawah) dan tulang pubis (bagian tengah). Dibagian belakang dari gelang panggul terdapat tulang sakrum yang merupakan bagian dari ruas-ruas tulang belakang. Pada bagian depan terdapat simfisis pubis merupakan jaringan ikat yang menghubungkan kedua tulang pubis. Fungsi gelang panggung terutama untuk mendukung berat badan bersama-sama dengan ruas tulang belakang. melindungi dan mendukung organ-organ bawah, seperti kandung kemih, organ reproduksi, dan sebagai tempat tumbuh kembangnya janin.

  1. Sendi

Hubungan antara tulang yang satu dengan tulang yang lainnya disebut sendi. Berdasarkan sistem geraknya, sendi dapat dibedaakan atas sendi mati, sendi kaku, dan sendi gerak.sedangkan menurut arah geraknya, sendi gerak dibedakan menjadi :

  • Sendi engsel yaitu disebut sendi engsel karena arah geraknya dua arah, seperti engsel pintu. Misalnya hubungan antara ruans tulang jari tangan dan jari-jari kaki.
  • Sendi putar yaitu disebut sendi putar karena dari hubungan dua tulang tersebut, tulang yang satu  dapat berputar mengitari tulang yang lain. Missal tulang hubungan antara atals dan tulang pemutar sehingga kepala kita dapat bergerak berputar
  • Sendi peluru yaitu disebut sendi peluru karena dari hubungan dua tulang tersebut dapat terjadi gerakan tulang kesegala arah.misal hubungan antara tulang gelang bahu dengan tulang lengan atas, hubungan antara gelang panggul dengan tulang paha
  • Sendi pelana yaitu disebut sendi pelana karena dari hubungan dua tulang tersebut, tulang yang satu dapat bergerak kedua arah seperti orang yang naik kuda di atas pelana. Contohnya hubungan antara ruas jari tangan dengan telapak tangan.

Kelainan bentuk rangka tubuh manusia :

  • Kelainan sejak lahir penyebabanya faktor keturunan (genetika). Misalnya ketika dilahirkan anak tersebut kakinya berbentuk X atau O, atau sejajar.
  • Kekurangan vitamin D, kekurangan zat kapur, kekurangan zat fospor menyebabkan gangguan proses peenulangan
  • Karena posisi duduk yang salah misalnya posisi duduk yang slalu membengkok ke arah kanan/kiri/depan/belakang menyebabkan tulang punggungnya membengkok mengikuti arah duduknya. Posisi duduk yang benar adalah tegak dna tidak membengkok kesuatu arah

Beberapa penyakit dapat mempengaruhi pertumbuhan tulang :

a.  Penyakit polio         :penyebab virus polio

b.Penyakit sifilis          :tertular oleh orang tuanya

c. Kurang minyak        :di persendian terdapat minyak yang berfungsi untuk melumasi, karena produksi menurun gerak tulang dpat berbunyi

Secara umum fungsi sistem rangka adalah membentuk kerangka yang kaku dengan jaringan-jaringan dan organ-organ yang melekat padanya. Sistem rangka melindungi organ-organ vital seperti otak yang dilindungi oleh tulang tengkorak, paru-paru dan jantung dilindungi oleh tulang dada dan tulang rusuk. Gerakan tubuh terbentuk dari kerjasama antara sistem rangka dengan otot, oleh sebab itu keduanya sering dikelompokkan menjadi satu nama yaitu sistem musculo-skeletal. rangka merupakan tempat melekatnya otot melalui perantaraan tendon. Antara tulang yang satu dengan tulang yang lain dikaitkan dengan perantaraan ligamen.

// Related Posts

SISTEM OTOT MANUSIA

SISTEM TRANSPORTASI MANUSIA

SISTEM EKSKRESI MANUSIA

SISTEM PERNAFASAN MANUSIA

SISTEM ENDOKRIN MANUSIA

Ditulis Oleh: EKA SAPRI ALVYANTO

visi misi pendidikan

Pendidilan Nasional adalah pendidikan yang berdasarkan Pancasila dan Undang-Undang Dasar Negara Republik Indonesia Tahun 1945, yang berakar pada nilai-nilai agama, kebudayaan nasional Indonesia dan tanggap terhadap tuntutan perubahan zaman. Untuk mewujudkan cita-cita ini, diperlukan perjuangan seluruh lapisan masyarakat.

 

Tujuan Pendidikan Nasional

Pendidikan merupakan pilar tegaknya bangsa; Melalui pendidikanlah bangsa akan tegak mampu menjaga martabat. Dalam UU 20/2003 tentang Sistem Pendidikan Nasional, Pasal 3, disebutkan “Pendidikan nasional berfungsi mengembangkan kemampuan dan membentuk watak serta peradaban bangsa yang bermartabat dalam rangka mencerdaskan kehidupan bangsa, bertujuan untuk berkembangnya potensi peserta didik agar menjadi manusia yang beriman dan bertakwa kepada Tuhan Yang Maha Esa, berakhlak mulia, sehat, berilmu, cakap, kreatif, mandiri, dan menjadi warga negara yang demokratis serta bertanggung jawab.

 

Visi dan misi pendidikan nasional telah menjadi rumusan dan dituangkan pada bagian “penjelasan” atas UU 20/2003 tentang Sistem Pendidikan Nasional. Visi dan misi pendidikan nasional ini adalah merupakan bagian dari strategi pembaruan sistem pendidikan.

 

Visi Pendidikan Nasional

Pendidikan nasional mempunyai visi terwujudnya system pendidikan sebaga pranata social yang kuat dan berwibawa untuk memberdayakan semua warga Negara Indonesia berkembang menjadi manusia yang berkualitas sehingga mampu dan proaktif menjawab tantangan zaman yang selalu berubah.

 

Misi Pendidikan Nasional

Dengan visi pendidikan tersebut, pendidikan nasional mempunyai misi sebagai berikut:

1. mengupayakan perluasan dan pemerataan kesempatan memperoleh pendidikan yang bermutu bagi seluruh rakyat Indonesia;

2. membantu dan memfasilitasi pengembangan potensi anak bangsa secara utuh sejak usia dini sampai akhir hayat dalam rangka mewujudkan masyarakat belajar;

3. meningkatkan kesiapan masukan dan kualitas proses pendidikan untuk mengoptimalkan pembentukan kepribadian yang bermoral;

4. meningkatkan keprofesionalan dan akuntabilitas lembaga pendidikan sebagai pusat pembudayaan ilmu pengetahuan, keterampilan, pengalaman, sikap, dan nilai berdasarkan standar nasional dan global; dan

5. memberdayakan peran serta masyarakat dalam penyelenggaraan pendidikan berdasarkan prinsip otonomi dalam konteks Negara Kesatuan RI.

Download

Peraturan terkait dengan pendidikan silakan diunduh (dokumen tersimpan pada website ziddu. Untuk mengunduh gratis, silakan klik  kanan dokumen di bawah, pada halaman baru tulis kode yang diberikan, kemudian klik download)

UU_Nomor_20/2003_tentang_Sistem_Pendidikan_Nasional

UU_Nomor_14/2005_tentang_Guru_dan_Doses

UU_Nomor_9/2009_tentang_Badan_Hukum_Pendidikan

UU_Nomor_43/2007_tentang_PERPUSTAKAAN

UU_Nomor_47/2008_tentangg_Wajib_Belajar

 

http://tunas63.wordpress.com Berbagi Ilmu dan Persaudaraan

DIarsipkan di bawah: Artikel, Guru, Nasionalisme, Pendidikan, Perpustakaan, Sekolah, U U, UU Guru dan Dosen, UU/PP/Permen, Wajib Belajar | Ditandai: , , , , ,

Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.